1.1.3 Keunggulan Akidah
Keistimewaan Akidah Islam
Aqidah
Islam ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri :
1. Akidah Islam
Jelas
-
Tersimpul dalam konsep ada pencipta disebalik
kewujudan alam, pentadbir dan pentakdir semua perkara.
-
Pencipta itu ialah allah, Akidah ini jelas dan
dapat diterima akal, dan tidak keliru seperti akidah teriniti dan lainnya.
2. Menetapkan
kesucian Allah dari menyerupai makhluk
-
Firman Allah (S. al-Syura : 11)
}§øs9…. ¾ÏmÎ=÷WÏJx. Öäïx« (
uqèdur ßìÏJ¡¡9$# çÅÁt7ø9$# ÇÊÊÈ
….tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan
(ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar,
lagi Maha Melihat.
3. Akidah Fitrah
-
Tidak asing kepada fitrah, dan dapat diterima
4.
Akidah Tetap, yang kekal, dan Akidah yang
sesuai sepanjang masa
-
Tidak berubah, tidak boleh dikurang dan
ditambah oleh sesiapa, ajaran akidah sama dalam semua risalah para rasul
-
Aqidah Islam kekal kerana tidak berubah
disebabkan perubahan keadaan dan zaman. Ini berbeza dengan ideologi yang
berasaskan dasar yang lemah dan luntur. Contohnya ideologi yang berasaskan
kebendaan dan perkauman yang menjadikan kebendaan dan perkauman sebagai asas
dan dasar kehidupan.
5. Akidah
dibuktikan dengan dalil dan hujjah
-
Tidak berpada dengan taklif, tidak hanya
berbicara dengan hati, tetapi dibuktikan dengan hujjah diterima akal.
-
Al-Quran buktikan isu akidah dengan hujjah dan bukti
nyata.
6.
Akidah pertengahan, normal
-
Tidak ada unsur pelampau
-
Pertengahan antara yang menolak metafizika dan
mempercayai banyak tuhan, menolak wehdatulwujud dan tidak bertuhan, syirik dan
sabitkan satu tuhan bagi sekelian alam.
-
Pertengahan antara yang menafikan semua perkara
dari tuhan dan yang menyamakan tuhan dengan makhluk atau menjasadkan tuhan.
-
Pertengahan antara yang mewarisi
bulat-bulataidah datok nenek dan yang cuba mengetahui hakikat tuhan.
-
Pertengahan sikap terhadap akiah lain, tidak
taasub terhadap akidah samawiyah, lapang dada terhadap akidah yang
bertentangan.
-
Pertengahan antara mereka yang mengambil mudah
dalam mensabitkan akidah dengan menerima yang syak dan waham dan golongan yang
menolak terus persoalan akidah.
-
Pertengahan dalam persoalan berkaitan para
rasul, tidak letak mereka di makam uluhiyah, tidak letak mereka di kedudukan
manusia paling rendah.
7.
Aqidah yang menyeluruh
-
Aqidah Islamiyyah ialah aqidah yang menyeluruh
yang merangkumi kedua-kedua unsur kejadian manusia:jasmani dan rohani.
-
Ia tidak menerima perubahan dan perkembangan,
tidak ada permulaan dan akhiran dan mengakui persambungan dan kelangsungan
kehidupan selepas mati iaitu kehidupan akhirat.
8. Akidah Islam akidah yang praktikal
-
Aqidah Islam bukan hanya bersifat aqliah yang
dapat ditenma oleh akal tetapi juga pada waktu yang sama adalah bersifat nafsiyyah atau kejiwaan dan amaliyah.Keimanan kepada Allah dan hari akhirat bukan hanya satu teori yang
benar yang boleh dibincangkan tetapi yang telah bertapak dan sebati dalam hati.
Aqidah yang sedemikian akan menjadikan tenaga penggerak untuk membebaskan dan
menyelamatkan umat manusia.
9.
Akidah adalah sesuai untuk pegangan berbentuk
keagamaan khususnya agama Islam
-
Akidah ialah satu ikatan kerohanian dan
kepercayaan yang berkaitan dengan hal-hal ketuhanan seperti percaya Allah itu
hidup, allah maha berkuasa dan sebagainya.
10.
Akidah Islamiah tetap benar dan pasti walau di
mana dan apa jua keadaan
-
Rasulullah SAW tidak pernah berubah akidahnya
walaupun ditawarkan dengan harta, pangkat, kedudukan, wanita dan segala macam
kemewahan.
11.
Akidah yang menanamkan kemerdekaan
-
Kemerdekaan dalam diri manusia tentang kemahuan
dan perbuatannya, sehingga manusia itu merasa bertanggungjawab dalam segala
tindakannya dengan tidak melupakan kekuasaan Allah yang lebih tinggi, di mana
manusia mesti tunduk terhadap kekuasaan itu.
-
Firman Allah (S. al-Zalzalah : 7-8)
`yJsù ö@yJ÷èt tA$s)÷WÏB >o§s #\øyz ¼çntt ÇÐÈ `tBur ö@yJ÷èt tA$s)÷WÏB ;o§s #vx© ¼çntt ÇÑÈ
7. maka
sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya)!
8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
No comments:
Post a Comment