1.1.2 Islam Agama
Fitrah
-
Islam merupakan
agama yang selari dengan fitrah kejadian manusia. Islam melalui ajarannya yang
lengkap bukan mahu melahirkan manusia yang hanya beribadat khusus sepanjang
masa sehingga lupa untuk berbakti bagi hari dunianya. Islam telah menggariskan
ajaran yang sempurna dalam memastikan umat manusia tidak terpesong ke jalan kesesatan
yang cuba di heret oleh nafsu dan syaitan. Setiap pekerjaan walau pun pada
zahirnya untuk kehidupan dunia turut dicatatkan pahalanya sebagai suatu ibadat
jika selari dengan kehendak agama begitulah sebaliknya jika suatu ibadat khusus
walau pun pada zahirnya sebagai bekalan akhirat tetapi menjadi sia-sia jika
dilumuri dengan niat yang tidak ikhlas dan mahu mencari habuan dunia
semata-mata.
-
Islam adalah satu agama yang mengandungi
ajaran-ajaran yang dapat digunakan oleh umat manusia dalam mengharungi hidup
yang semakin mencabar ini. Ajaran Islam sudah lengkap serta sempurna dan
satu-satunya agama yang diakui disisi Allah subhanahua ta'ala, seperti yang
dinyatakan dengan firmannya dalam surah Al-Imran ayat 19 :
¨bÎ) úïÏe$!$# yYÏã «!$# ÞO»n=óM}$# 3
Maksudnya : '
Sesungguhnya agama yang diakui disisi Allah ialah Islam '
-
Allah subhanahua ta'ala telah
menurunkan agama Islam itu dengan selengkap-lengkapnya, mengandungi
petunjuk-petunjuk yang diperlukan dan agama yang diredhai Allah untuk dijadikan
pedoman dalam segala hal. Firman Allah ta'ala dalam surah Al-Maidah ayat 3,
tPöquø9$# àMù=yJø.r& öNä3s9 öNä3oYÏ àMôJoÿøCr&ur öNä3øn=tæ ÓÉLyJ÷èÏR àMÅÊuur ãNä3s9 zN»n=óM}$# $YYÏ
' Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan
aku telah cukupkan kepadamu nikmatku, dan aku telah diredhai Islam ini menjadi
agamamu '
-
Kesempurnaan agama Islam, bukan
sahaja kerana ajarannya yang serba lengkap, sanggup menghadapi zaman, tetapi
juga kerana sesuai dengan tabiat dan fitrah kejadian manusia, Sebagaimana
firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30
óOÏ%r'sù y7ygô_ur ÈûïÏe$#Ï9 $ZÿÏZym 4 |NtôÜÏù «!$# ÓÉL©9$# tsÜsù }¨$¨Z9$# $pkön=tæ 4 w @Ïö7s? È,ù=yÜÏ9 «!$# 4 Ï9ºs ÚúïÏe$!$# ÞOÍhs)ø9$# ÆÅ3»s9ur usYò2r& Ĩ$¨Z9$# w tbqßJn=ôèt ÇÌÉÈ
yang
bermaksud : ' hadapkanlah
seluruh dirimu dengan betul-betul kepada ciptaanku Allah, yang dijadikannya
manusia sesuai dengan agama itu. Itulah agama yang benar, tapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui '
-
Sebahagian dari ajaran Islam, yang
setiap waktu dapat digunakan menjadi pedoman dan ujian dalam menilai
hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang sesuai dengan perkembangan fikiran dan
kemajuan.
-
Kesimpulannya, agama Islam adalah satu agama
yang cukup lengkap dalam apa sahaja aspek kehidupan. Ia adalah agama yang
mengatur cara hidup manusia di dunia ini agar sentiasa harmoni tidak sahaja di
dunia tetapi juga di akhirat kelak. Oleh yang demikian marilah sama-sama kita
menghayati agama Islam yang sempurna ini untuk mencapai kejayaan yang mutlak di
dunia serta di akhirat.
-
Islam bukan
datang dengan paksaan sebaliknya meresap ke jiwa umat manusia dengan kerelaan
hati sendiri setelah hati begitu tertarik dengan keindahannya. Ia berbeza
dengan ideologi ciptaan manusia yang datang melalui akal fikiran yang tidak
mampu memberi kebahagiaan dan jalan penyelesaian kepada kehidupan manusia
secara sempurna. Ideologi biasanya tidak boleh lari daripada paksaan si kuat ke
atas si lemah untuk tunduk dan patuh kepadanya. Ideologi tidak meresap ke jiwa
dengan penuh kerelaan manusia tetapi ia merupakan suatu paksaan yang akhirnya
membawa kepada sifat dendam yang membawa kepada kehancuran.
-
Islam membawa
umat manusia kepada suatu destinasi yang begitu pasti iaitu akhirat sedangkan
ideologi datang dengan matlamat yang tidak jelas demi mengaut hasil dunia yang
pasti ditinggalkan dengan mengenepikan hari akhirat.
No comments:
Post a Comment