Wednesday, 26 September 2012

percubaan stpm melaka 2012 - usuluddin 2


Bahagian A : Ulum al-Quran

1.                  Huraikan sejarah pertumbuhan dan perkembangan Ulum al-Quran, dan terangkan kepentingan mempelajari Ulum al-Quran dalam memahami al-Quran.                                                   [ 20 ]

2.         (a)        Huraikan proses pengumpulan dan penulisan al-Quran pada zaman Rasulullah SAW.                                                                                                                                                         [ 10 ]
(b)        Terangkan sebab al-Quran dikumpul dalam bentuk mashaf selepas kewafatan Rasulullah SAW.                                                                                                                            [ 10 ]

3.         Terangkan riwayat hidup Ubai bin Kaab , dan jelaskan peranan Ubai bin Kaab dalam penulisan     wahyu dan pengumpulan al-Quran.                                                                                               [ 20 ]

4.         Huraikan sejarah pertumbuhan dan perkembangan ilmu tafsir pada zaman tabiin dan zaman             pembukuan.                                                                                                                             [ 20 ]

5.         Bezakan kaedah penulisan kitab tafsir oleh Ibnu Jarir at-Tobari dengan kitab tafsir oleh Ibnu kathir.                                                                                                                                              [ 20 ]
                                                                                                                                                                                                                                               

Bahagian B

6.         (a)        Jelaskan dua dalil daripada al-Quran atau al-Hadis yang menunjukkan kewajipan                           beramal dengan hadis.                                                                                                            [ 08 ]
            (b)        Dengan memberikan contoh, Huraikan empat peranan hadis terhadap al-Quran.      [ 12 ]

7.         (a)        Huraikan syarat-syarat perawi hadis yang diterima periwayatannya.             [ 10 ]
(b)        Berdasarkan pendapat para ulamak, bincangkan periwayatan hadis daripada kalangan kanak-kanak dan orang kafir.                                                                                               [ 10 ]

8.         Terangkan latarbelakang riwayat hidup Said Musayyab, dan Huraikan sumbangan beliau dalam    bidang penulisan hadis.                                                                                                           [ 20 ]

9.         (a)        Terangkan maksud hadis Sahih dan nyatakan contoh hadis.                                     [ 10 ]
(b)        Huraikan pendapat ulamak tentang beramal dengan hadis dhaif, dan nyatakan pandangan anda dalam perkara ini.                                                                                          [ 10 ]

10.       Bandingkan kitab Sahih Muslim dengan kitab Sunan Ibnu Majah dari segi kaedah penyusunan dan kedudukan hadis-hadisnya.                                                                                        [ 20 ]
           




931/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.                                               SULIT*

percubaan STPM melaka 2012

1.1.3 Keunggulan Akidah



1.1.3       Keunggulan Akidah
Keistimewaan Akidah Islam

Aqidah Islam ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri :

1.      Akidah Islam Jelas
-          Tersimpul dalam konsep ada pencipta disebalik kewujudan alam, pentadbir dan pentakdir semua perkara.
-          Pencipta itu ialah allah, Akidah ini jelas dan dapat diterima akal, dan tidak keliru seperti akidah teriniti dan lainnya.

2.      Menetapkan kesucian Allah dari menyerupai makhluk
-          Firman Allah (S. al-Syura : 11)
}§øŠs9…. ¾ÏmÎ=÷WÏJx. Öäïx« ( uqèdur ßìŠÏJ¡¡9$# 玍ÅÁt7ø9$# ÇÊÊÈ  
….tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

3.      Akidah Fitrah
-          Tidak asing kepada fitrah, dan dapat diterima

4.      Akidah Tetap, yang kekal, dan Akidah yang sesuai sepanjang masa
-          Tidak berubah, tidak boleh dikurang dan ditambah oleh sesiapa, ajaran akidah sama dalam semua risalah para rasul
-          Aqidah Islam kekal kerana tidak berubah disebabkan perubahan keadaan dan zaman. Ini berbeza dengan ideologi yang berasaskan dasar yang lemah dan luntur. Contohnya ideologi yang berasaskan kebendaan dan perkauman yang menjadikan kebendaan dan perkauman sebagai asas dan dasar kehidupan.

5.      Akidah dibuktikan dengan dalil dan hujjah
-          Tidak berpada dengan taklif, tidak hanya berbicara dengan hati, tetapi dibuktikan dengan hujjah diterima akal.
-          Al-Quran buktikan isu akidah dengan hujjah dan bukti nyata.

6.      Akidah pertengahan, normal
-          Tidak ada unsur pelampau
-          Pertengahan antara yang menolak metafizika dan mempercayai banyak tuhan, menolak wehdatulwujud dan tidak bertuhan, syirik dan sabitkan satu tuhan bagi sekelian alam.
-          Pertengahan antara yang menafikan semua perkara dari tuhan dan yang menyamakan tuhan dengan makhluk atau menjasadkan tuhan.
-          Pertengahan antara yang mewarisi bulat-bulataidah datok nenek dan yang cuba mengetahui hakikat tuhan.
-          Pertengahan sikap terhadap akiah lain, tidak taasub terhadap akidah samawiyah, lapang dada terhadap akidah yang bertentangan.
-          Pertengahan antara mereka yang mengambil mudah dalam mensabitkan akidah dengan menerima yang syak dan waham dan golongan yang menolak terus persoalan akidah.
-          Pertengahan dalam persoalan berkaitan para rasul, tidak letak mereka di makam uluhiyah, tidak letak mereka di kedudukan manusia paling rendah.

7.      Aqidah yang menyeluruh
-          Aqidah Islamiyyah ialah aqidah yang menyeluruh yang merangkumi kedua-kedua unsur kejadian manusia:jasmani dan rohani.
-          Ia tidak menerima perubahan dan perkembangan, tidak ada permulaan dan akhiran dan mengakui persambungan dan kelangsungan kehidupan selepas mati iaitu kehidupan akhirat.

8.       Akidah Islam akidah yang praktikal
-          Aqidah Islam bukan hanya bersifat aqliah yang dapat ditenma oleh akal tetapi juga pada waktu yang sama adalah bersifat nafsiyyah atau kejiwaan dan amaliyah.Keimanan kepada Allah dan hari akhirat bukan hanya satu teori yang benar yang boleh dibincangkan tetapi yang telah bertapak dan sebati dalam hati. Aqidah yang sedemikian akan menjadikan tenaga penggerak untuk membebaskan dan menyelamatkan umat manusia.


9.      Akidah adalah sesuai untuk pegangan berbentuk keagamaan khususnya agama Islam
-          Akidah ialah satu ikatan kerohanian dan kepercayaan yang berkaitan dengan hal-hal ketuhanan seperti percaya Allah itu hidup, allah maha berkuasa dan sebagainya.

10.  Akidah Islamiah tetap benar dan pasti walau di mana dan apa jua keadaan
-          Rasulullah SAW tidak pernah berubah akidahnya walaupun ditawarkan dengan harta, pangkat, kedudukan, wanita dan segala macam kemewahan.

11.  Akidah yang menanamkan kemerdekaan
-          Kemerdekaan dalam diri manusia tentang kemahuan dan perbuatannya, sehingga manusia itu merasa bertanggungjawab dalam segala tindakannya dengan tidak melupakan kekuasaan Allah yang lebih tinggi, di mana manusia mesti tunduk terhadap kekuasaan itu.
-          Firman Allah (S. al-Zalzalah : 7-8)
`yJsù ö@yJ÷ètƒ tA$s)÷WÏB >o§sŒ #\øyz ¼çnttƒ ÇÐÈ   `tBur ö@yJ÷ètƒ tA$s)÷WÏB ;o§sŒ #vx© ¼çnttƒ ÇÑÈ  
7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!