Wednesday 26 September 2012

1. AQIDAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN AL-DIN


1.1              Konsep Aqidah
1.1.1        Kefitrahan Beraqidah
 Takrif Akidah

1.      Pengertian Bahasa
-          Kalimah akidah berasal daripada Bahasa Arab yang berakar umbi daripada kalimah: عقد ، يعقد ، عقدا وعقيدة yang bermakna ikat (dengan ketat), mengikat dan ikatan yang kukuh, juga bermakna perjanjian.
-          Al-Quran kerap menggunakan perkataan ini seperti firman Allah : (S. al-Nisa’ : 33)
....tûïÏ%©!$#ur ôNys)tã öNà6ãZ»yJ÷ƒr& ......ÇÌÌÈ  
33. …dan mana-mana orang Yang kamu telah membuat ikatan setia Dengan mereka (untuk bantu-membantu Dalam masa kecemasan dan kesusahan)….

2.      Pengertian Istilah
-          Ibn Taimiyah : Perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang kepadanya, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan.
-          Imam Ghazali : Berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan.
-          Kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.
-          kesemua takrif tentang akidah ini  menjurus kepada satu asas iaitu: membenarkan dan mengiktiraf dengan sepenuh hati tanpa sebarang pengubahsuaian atau kompromi terhadap Allah dan rasul-Nya yang tersemat erat di dalam hati sanubari.

Akidah Islam
-          Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya.
-          akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan. Sumber utama akidah Islam datangnya daripada wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah

Ciri-ciri Akidah
  1. Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul rasulNya, kitab kitab Nya, hari akhirat, qadha’  dan qadar yang menjadi rukun iman.
  2. Aqidah yang berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran dan al Sunnah yang menjadi asas agama Islam.
  3. Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan terima Allah adalah ibadat yang terbit dan datang dari aqidah yang sahih.
  4. Amal ibadat yang bukan terbit dari aqidah yang sahih adalah sia sia sahaja, iaitu tidak mendapat apa apa balasan daripada Allah.
  5. Ciri ciri aqidah yang sahih ialah mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu Maha Esa dan tidak ada yang berhak disembah selain daripada Allah.
  6. Sesuatu amalan dan ibadat yang diterima Allah ialah amalan dan ibadat yang dikerjakan semata mata kerana Allah secara khudhu, rughbah,ruhbah,hunnulillah,tazallul, dan ikhlas.
  7. Ciri ciri aqidah yang sahih juga tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang berlandaskan al Quran dan al Sunnah supaya orang orang yang beriman dan Islam tetap di atas dasar tauhid.
  8. Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang sahih merupakan suatu ketegasan dalam mempertahankan agama Islam dan aqidah sahih itu.
  9. Rasulullah SAW dengan kekuatan aqidahnya secara berterus terang dan berani menentang dan menolak cadangan kafir Quraisy dan kaum Musyrikin yang mengajak Baginda menyembah berhala mereka.
  10. Aqidah yang sahih adalah aqidah yang berlandaskan “al Quran dan al Sunnah” uang diistilahkan “aqidah ahli al sunnah wal jamaah”  iaitu iktikad yang mengikut iktikad Nabi Muhammad SAW dan kumpulan orang ramai.
Aqidah Islam mengandungi ciri-ciri atau rukun-rukunnya yang asas. Ciri-ciri tersebut dapat disimpulkan kepada tiga:
1.      Ma ‘rifahtullah (Mengenali Allah)
Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan Allah s.w.t, nama-nama Nya yang mulia serta sifat-sifat Nya yang suci dari segala kekurangan. Antara cara untuk kita meningkatkan keimanan terhadap Allah ialah dengan memerhatikan bukti-bukti yang ada di alam ini.

2.      Ma‘rifatur Rasul ( Mengenali Kerasulan)
Mengenali dan mempercayai rasul-rasul yang dipilih oleh Allah untuk menenima wahyu dan menyampaikan syariat Nya serta menjadi pembimbing dan memimpin seluruh makhluk menuju kepada jalan yang hak dan agama Allah yang sebenar, iaitu agama Islam.

3.      Ma‘rifahtul Ba‘thi ( Mengenali Hari Kebangkitan)
Mengetahui dan mempercayai tetang Hari Kebangkitan iaitu hari di mana manusia dibangunkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati), dikumpulkan dan dihisab segala amalan adanya sirat al-­mustaqim, syurga dan neraka.


Kedudukan Akidah dalam Islam

-          Islam adalah merangkumi akidah dan syariah. Akidah adalah sebahagian daripada islam, bahkan tanpa salah satu daripada keduanya akan pincanglah status seseorang itu dan tidak layak bergelar muslim yang sempurna
-          Akidah merangkumi segala amalan yang berbentuk kepercayaan yang bersemi di dalam hati dengan yakin dan benar tentang wujudnya Allah, para Rasul, Kitab, Malaikat, Hari Akhirat serta Qada’ dan Qadar.
-          Ciri yang paling penting dalam akidah ialah Iman. Iman mempunyai hubungan yang rapat dengan Islam dan kedua-duanya sering digandingkan bersama untuk memenuhi Islam seseorang.
-          Dalam ajaran Islam, aqidah memiliki kedudukan yang sangat penting. Ibarat suatu bangunan, aqidah adalah pasaknya, sedangkan ajaran Islam yang lain, seperti ibadah dan akhlak, adalah sesuatu yang dibangun di atasnya. Rumah yang dibangun tanpa pasak adalah suatu bangunan yang sangat rapuh.
-         aqidah yang benar merupakan landasan (asas) bagi tegak agama (din) dan diterimanya suatu amal. Allah swt berfirman,
فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَلاَيُشْرِكُ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا.
Artinya: “Maka barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya (di akhirat), maka hendaklah ia beramal shalih dan tidak menyekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Q.S. al-Kahfi: 110)

Allah swt juga berfirman,
وَلَقَدْ أُوحِىَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِّنَ الْخَاسِرِينَ.
Artinya: “Dan sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi sebelummu, bahwa jika engkau betul-betul melakukan kesyirikan, maka sungguh amalmu akan hancur, dan kamu benar-benar akan termasuk orang-orang yang merugi.” (Q.S. az-Zumar: 65)

-          Mengingat pentingnya kedudukan aqidah di atas, maka para Nabi dan Rasul mendahulukan dakwah dan pengajaran Islam dari aspek aqidah, sebelum aspek yang lainnya. Rasulullah saw berdakwah dan mengajarkan Islam pertama kali di kota Makkah dengan menanamkan nilai-nilai aqidah atau keimanan,


Antara beberapa kepentingan mempelajari ilmu akidah termasuklah:

1.      Supaya terhindar daripad ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt
2.      Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya
3.      Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah
4.      Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan
5.      Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka
6.      Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang

No comments:

Post a Comment